Pastikan:
1. kereta berada hampir ke tepi jln. bkn di tgh jln ya.
untuk memudahkan kenderaan lain lalu di jln itu.
2. kereta anda dalam keadaan lurus.
supaya kereta anda tidak ke tgh jln or langgar divider batu or langgar kereta org lain yg berada dlm kotak parking, bila org menolak kereta anda.
3. tayar kereta anda juga dlm keadaan lurus.
reason sama spt no.2
4. gear berada di ‘N’ (auto)/gear1 (manual) dan JANGAN tarik handbrake.
untuk mengelakkan cermin kereta anda pecah :) memudahkan org menolak kereta anda.
5. lipat side mirror yg menghadap jln.
reason sama spt no.1
dan yg paling PENTING:
6. cuba tolak kereta anda.
utk pastikan langkah2 tadi sudah dilakukan.
Extra notes:
1. kunci stereng anda.
2. tinggalkan no telefon di dashboard jika perlu (especially tpt berbukit)
3. jika anda takde plan kluar mana pada besok hari, rajin2 la bgn awal dan alihkan kereta anda ke kotak parking yg available kerana besok paginya mesti ade yg dh kluar pergi kerja, balik kg or pergi mana2.
Tips ini berdasarkan pengalaman saya, seorang driver ‘noob’ kerana dah melihat 2 kejadian pecah cermin di kawasan rumah. Dua2 tarik handbrake, maka menyusahkan kereta yg di ‘blocked’ utk keluar pegi kerja/class.
Akhirnya, cermin tingkap sendiri yg pecah. Duit pon melayang. Air mata pon kering. dahi pon dah merah (dok ketuk2 psl nyesal tak check handbrake).
Kalau ade yg nak tambah, sila2 la bgtau kerana saya ni tak pandai dlm hal2 kereta. Baru setahun jagung la katekan. ihik!
Selamat memandu~